Hai. Assalamualaikum semua. Harini kembali lagi di blog aku. Alhamdulilah 7 hari lagi aku akan bukak braces. Syukur yang tidak terhingga. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sempena seminggu lagi nak cabut braces ni aku nak bagitaulah sedikit tips bagi yang nak pakai braces dekat klinik kerajaan ni kena banyakkan bersabar ye.Bermula dari daftar masuk waiting list lagi dah diuji kesabaran tu untuk tunggu buat rawatan. Sampailah bila kau dah buat rawatan kena bersabar dengan kerenah doktor dan jururawat yang pelbagai. Ada yang garang, ada yang tak peramah tapi ada jugak yang caring. Macam itulah ragam kehidupan kan.
Satu lagi, bila berdepan dengan doktor kerajaan kita kena redha je apa diorang buat. Walaupun kadang-kadang layanan diorang tu ada yang menyakitkan hati korang. Aku cakap ni sebab aku dah laluinya dengan doktor lama aku. Aku tak kata semua doktor kerajaan macam tu tapi kebanyakannyalah. Mungkin sebab faktor kesibukan kerja atau apa apalah kan. Banyakkan baca al latif yang bermaksud lemah lembut. Baca ni kalau doktor korang garang tau pastu doakan supaya diorang berlembut dengan korang. Insha Allah menjadi. Aku pun amalkan jugak. Alhamdulilah doktor yang dulu tak berapa garang dah dengan aku. Tak seperti dulu masa mula-mula pakai braces. Doktor aku yang sekarang (sebab aku pindah klinik atas sebab dah habis belajar) baik dan sanagt caring. Alhamdulilah di akhir rawatana kau dapat jugak rasa ada doktor yang baik. Rugi pulak rasanya awal2 dulu aku tak buat kat sini.
Pastu dalam masa 7 hari terakhir ni aku rasa gembira nak buang braces ni cuma kadang aku takut sebab masalah gusi aku ni. Gusi aku makin lama makin cepat bengkak kalau makan benda liat macm daging. Harapnya tak berdarahlah lepas cabut braces nanti. Ni jugak alasan kenapa aku nak cepatkan proses debond braces walaupun doktor masih belum seratus peratus berpuas hati dengan keadaan gigi aku. Sebab molar band iaitu ring besi tu dah masuk kedalam gusi aku dah. Jadi aku terpaksa jugak untuk harap rawatan ini dipercepatkan. Doakan saya ye. Semoga gigi saya elok saja. Sebab bagi saya gigi tersusun tu pun saya dah ok dah. Supaya senang nak berus gigi nanti. Hal2 lain saya tak ambil berat sangat.
No comments:
Post a Comment