Pantang larang ketika memakai braces terutama pemakanan

 Assalamualaikum, hai bertemu kembali dalam blog ini. Baiklah hari ini aku nak bagitau korang beberapa pantang larang ketika memakai pendakap gigi atau braces. Apabila korang dah bukak tajuk ni, aku agak korang dah pakai atau bakal pakai braces lah ni kan. takpelah, ok kira kita ceritalah kan pasal benda ni.Sebenarnya kalau nak diceritakan memang banyak tentang pantang larang nui tapi aku hanya tekankan yang penting sahaja ye.

Pertama sekali kau mesti tahu yang pantang larang ni kebanyakannya atau hampir kesemuanya melibatkan pasal makanan. Sebabnya rawatan kan dibuat dalam mulut so makanan ada benda palaing dekat dengan mulut. Braces paling pantang sekali dengan benda yang manis dan melekit. ok nasib baik aku memang tak suka makanan manis dan melekit ni. ok baiklah apa yang dimaksudkan dengan makanan manis dan melekit ni ye??

ha.. kat bawah ni adalah contohnya caramel.


                                             Image by WikimediaImages from Pixabay

Caramel adalah makanan yang manis dan melekit.Ia mampu merosakkankan applians pendakap gigi keranan dia akan melekat pada gigi dan juga applians braces. jadi elakkanlah makan makanan ni ye.


Seterusnya makanan yang paling berbahaya untuk braces adalah bertih jagung atau lebih mesra dipanggil bertih jagung. Pop corn juga mengandungi caramel yang mampu merosakkan gigi selain teksturnya yang agak keras mampu mematahkan besi pada braces. haaa.. bahaya kan. aku pun dah lama tak makan benda ni. Dah  tahun setengah aku tak makan pop corn dengan gula kapas sejak pakai braces ni.


                                                      Image by Musaed subaie from Pixabay


Seterusnya, makanan kesukaan aku yang paling aku suka sekali ialah gula-gula kapas. Makanan ni pun bahya jugak ye sebab ia mengandungi gula yang mampu merosakkan gigi dan menyebabkan karies pada gigi.


                                                      Image by Jo Stolp from Pixabay

Sedap bukan tengok gambar budak tu makan gula-gula kapas tu?? tapi tengoklah nanti gigi cepat rosak terutama untuk pemakai braces memang tak digalakkan sama sekali.



Baiklah yang seterusnya ni bukan sekadar kopi ye tapi caffein. Gambar sekadar hiasan ye. Bukan hanya kopi yang ada cafein tapi minuman lain jugak contohnya teh. caffein ni bukan makanan tapi. Cafein ni adalah sebatian kimia semulajadi yang terdapat dalam minuman terutam sekali kopi , teh dan sebagainya. Melalui experimen yang aku buat dulu bukan hanya kopi yang ada kafein tapi juga teh tapi teh tak ada sebanyak kopi dia punya kandungan cafein.

Baiklah berbalik pada cerita aku tadi kenapa pulak aku kata cafein ni tak baik ye?? bukan tak baik untuk semua pemakai braces tapi bagi kes yang hampir sama dengn aku. Yang mana pemakai braces yang mengalami masalah rahang senget lepas buat rawatan braces di klinik. Doktor sarankan kat aku bulan lepas supaya elakakan atau kurangkan minum minuman yang berkafein sebabkan masalah rahag aku yang senget dan berbunyi klik bila bukak dan tutup mulut. Diktor kata cafein boleh menyebabkan kekejangan pada rahang gigi. Jadi seakarang aku tengah "berpuasa" cafein sebab aku ni bukan hantu kopi tapi aku hantuh teh, Teh tu memang kesukaan aku lah tu.

Satu lagi, bagi pemakai braces yang lain yang tak de masalh rahang aku jugak sarankan kurangkanlah jugak minuman bercafein sebab cafein mampu menbuatkan gigi kuning. Jadi tak cantiklah lepas cabut braces nanti warna gigi tak sama pulak kan.


                                            Image by Free-Photos from Pixabay


Baiklah tu saja lah dulu pantang larang makanan yang aku nak bagitau korang. Seterusnya nanti aku akan jelaskan pasal benda lain pulak ok. Terima kasih kepada yang susi melawat blok ini. Semoga awak semua sihat dan berjaya. Jumpa lagi.








No comments:

Post a Comment

7 hari yang terakhir bersama braces

 Hai. Assalamualaikum semua. Harini kembali lagi di blog aku. Alhamdulilah 7 hari lagi aku akan bukak braces. Syukur yang tidak terhingga. S...