Pengalaman memakai braces dan cabaran semasa pertama kali makan selepas memasang braces
Assalamualaikum, hai bertemu kembali ke blog saya. Hari ni saya nak menyambung kembali penceritaan saya tentang pengalaman memakai braces di klinik kerajaan. Haritu saya ada menceritakan tentang perit duka ketika dimaki oleh doktor dan jugak nurse. Hari ini hati dah kembali terubat sikit walaupun semalam rasa macam nak nangis masa tengah tulis pasal pengalaman perit dengan doktor dan nurse kerajaan tu.
Tanggal tiga belas september jatuhnya tarikh lahir crush aku huhu.. ehhhh,, bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya tapi tarikh itu jugaklah aku ditakdirkan untuk memakai braces. Tarikh itu jugaklah aku hendak memulakan perubahan baru pada diriku. Paling utama sekali tarikh itulah permulaan hidup yang amat perit dimulai.
Pertama sekali aku nak bagitau bahwa buat braces kat kerajaan ni memanglah teramat murah iaitu hanya seribu je atas bawah nak dibanding dengan harga braces di klinik swasta memanglah jauh sangat. Tapi harus diingatkan kembali ye, layanan yang kau dapat pun jauh jugak nak dibandingkan tau. Dekat swasta aku rasa lebih baiklah daripada di klinik kerajaan sebab kat kerajaan ni ramai pesakitnya jadi mood doktor dengan nurse pun swinglah dengan stress keje dan dengan gaji yang tak seberapa kan. Ok kat situ aku faham tapi apa salah pesakit sampai nak layan macam tu sekali? Pernah tak diorang fikir apa perasaan pesakit dengan tingkahlaku diorang macam tu. Aku bukannya benci dengan diorang cuma aku terkilan. Hati aku ni sampai sekarang masih terasa sakit tu. Ok berhentikanlah dari rasa sakit hati tu seterusnya kita nak cerita pasal harga retainer pulak. Retainer harga dia asing daripada yang seribu tu. Seribu hanya untuk braces sahaja ye. Doktor pernah tanya aku sama ada aku nak buat gigi bawah je ke sebab gigi atas aku ok je cuma deep bite skit je. Tapi aku cakap nak buat dua-dia sebab aku insecure jugak dengan gigi atas aku. Pastu doktor cakap kalau buat atas saja lima ratus je. Jadi akau cadang untuk buat dua-dua terus.
Nak cakap lebih-lebih pasal retainer ni pun tak boleh jugak sebab sekarang aku tak bukak braces lagi jadi aku tak tau sangat pasal retainer ni tapi aku adalahlah buat kajian pasal retainer kat internet. Hai maklumlah dah tak sabar nak bukak besi ni kan jadi banyaklah jugak aku cari maklumat pasal ni.
Retainer ada 3 jenis iaitu:
-Hawley retainer
Inilah rupa Hawley retainer. Hanya besi je yang menjadi pagarnya.
-Essix retainer/clear retainer
Inilah rupanya clear retainer. Nampak lawa je kan sebab dia clear je tak nampak macam tengah pakai retainer. Tapi ada kekurangannya jugak yang aku dapat tau daripada pemerhatian aku dari blog orang yang pernah pakai retainer ni. Terutama bagi orang yang ada tabiat suka mengigit atau mencengkam gigi memang tidak digalakkan untuk amik jenis ni sebab benda ni lembut je nanti dia cepat haus atau patah.
-permanent retainer
Baiklah, yang terakhir ni jenis retainer kekal atau permanent retainer. Retainer ni nampak macam best kan sebab dia lekat terus dan kita tak payah pikir nak pasang balik lepas bukak sebab dia memang terus lekat kat belakang gigi. Tapi antara jenis retainer yang ni yang paling aku tak suka sebab walaupun dia bagus sebab kau memang takkan lupa dah untuk pakai retainer tapi dia sangatlah tak hygenik. Sebabnya susah nak berus gigi. Sisa makanan akan terkumpul kat situ dan boleh menyebabkan karang gigi.
Jadi, antara ketiga-tiga retainer yang aku sebut tadi yang mana kau rasa bagus. Bagi aku berdasarkan pemerhatian aku pada blog-blog dan video pasal braces yang aku tengok sebelum ni aku lebih pilih yang pertama tu sebab yang tu lebih sesuai dengan keadaan aku dan tabiat aku. Walapun pada awalnya aku minat Essix retainer, tapi sebabkan tabiat aku aku lebih pilih yang pertama tadi. Korang pulak yang bakal pakai ni pilih yang mana?
Bulan depan iaitu bulan jun aku akan buka braces harapnya dapatlah pilih sendiri jenis retainer. Sebab klinik kerajaan ni payah tau kalau kita nak pilih sendiri. Sebabnya kau bayangkan aku selama buat rawatan dengan doktor garang tu tak pernah sekali pun dia suruh aku pilih warna sendiri. Aku pun tak mintak sebab aku terlalu takut dengan doktor tu aduhaiii. Nasib baiklah aku pindah klinik, dapat doktor yang baik, dapatlah aku pilih sendiri warna getah.Baiklah esok aku akan sambung balik tentang cabaran ketika memakai braces teruta cabaran dari segi makan. Jadi stay tuned ok.
No comments:
Post a Comment