Gusi Berdarah Selepas 3 Tahun setengah Pakai Braces??
Sepatutnya pada 1jun 2021 aku dah bebas dari braces tapi malangnya lockdown jatuh pada hari tersebut hurmmm. Pedih hati ni hanya Allah yang tahu. Aku dah lama impikan untuk bebas dari semua ni. Tapi apa kan daya Allah dah tentukan yang aku akan teruskan pakai braces ni sehingga lockdown kali ini berakhir. Berita baiknya aku aku dapat tarikh baru untuk appointment iaitu 17 jun 2021. Tapi yang tak baiknya doktor hanya nak review sahaja bukan nak bukak terus braces. Jadi aku masih ada harapan lagi nak teruskan kesengsaraan ini lah kan?? takpelah apa-apa pun aku serahkan pada takdir. OKlah berbalik pada tajuk aku ni. Haaa, kenapa pulak gusi aku berdarah ni?
Tadi lepas magrib aku rasa tak best pada gusi dengan gigi aku lepas makan buah star. buah star ni buah yang masam-masam tu. Orang kelate kenallah buah ni. Cicah dengan budu dengan gula memeng sedp. nilah masalh aku dah tau pakai braces makan tak jaga aduhaiii.. oklah back balik pada cerita tadi, gusi aku berdarah lepas mgrib tu mungkin sbb pemakanan yang salah, ataupun aku syak penjagaan kebersihan gigi aku tak jaga betul2. Tapi yang paling aku takutkan adalah pasal berus gigi aku tu keras sangat. aku patut beli kat shoppe. haritu aku beli kat klinik yang aku buat braces tu, aku tnya ada yang lembut tak? nurse tu cakap tak de. Jadi terpaksalah aku ambik jugak yang keras tu. Masa aku buat braces kat tempat lama dulu ada je yang lembut tapi bila aku pindah kat klinik yang lain takde pulak yang jenis lembut. Mungkin jugak pasal tu kan?? hurmm. aku harap gusi aku akan ok balik. doakan aku ye geng hehe. oklah setakat ni dululah blog aku harini.
No comments:
Post a Comment