Permulaan hidup bersama pendakap gigi

 Assalamualaikum, kepada semua yang sudi membaca blog ini. tahun ni baru dapat menulis blog balik memandangkan sekarang aku tengah menanam anggur huhu. Tahun lepas dapatlah rasa kerja sebagai supervisor tapi tulah kontrak je selama  bulan pastu terpaksa berhenti disebabkan kes covid, syarikat mengalami kerugian, jadi kontrak kerja tak dapat disambung lagi. 

Baiklah berbalik kepada tajuk asal, aku harini nak cerita pengalaman aku memakai pendakap gigi atau lebih mesra dipanggil sebagai braces. memandangkan aku dah nak bukak dah braces ni awal bulan jun depan, jadi aku nak kongsikalah dekat sesiapa yang nak tahu atau bakal memakai benda alah ni. 

Aku mulakan dengan keadaan gigi aku ye, ok keaadaan gigi aku ni tak ada lah teruk sangat tapi teruklah jugak dari segi susunannya, bahagian bawah gigi aku ni terlalu berselerak, hai maklumalah masa aku kecik dulu aku takut nak cabut gigi jadilah macamni gigi aku. tapi bahagian atas gigi aku ok je cuma taring sedikit tinggi dan ada gigi kecik kat depan sebelah gigi kapak kat depan tu dan sedikit 'deep bite'. Deep bite ni bukan lah seperti jonggang cuma ada sedikit je persamaan dengan jonggang. nanti korang search lah apa itu deep bite. 

Aku mula daftar untuk buat braces masa aku tingkatan 5 . Masa tu kakak aku baru je berkahwin dengan abang ipar aku yang masa tu jadi pembantu doktor gigi, jadi dia tahulah prosedur atau cara nak daftar braces ni. so masa form 5 tu aku dengan kakak aku pergilah klinik gigi kerajaan kat melaka untuk daftar, sebelum tu dia check dulu keadaan gigi aku dan sambil bersihkan gigi aku. Doktor ada tanya kenapa nak buat braces dan aku jawab sebab gigi tak tersusn dan susah nak bersihkan.Pastu dia bagi surat appointment untuk jumpa dengan doktor pakar orthodontik. aku pun pergilah pastu dapat kad merah. Dekat kat merah tu ada tertulis nombor giliran untuk pasang braces. dia kata kemungkinan kena tunggu sampai empat atau lima tahun untuk pasang braces sebb ramai yang buat jadi kena ikut giliran kecuali kalau keaadaan gigi tersangat parah baru dia kan rujuk untuk awalkan pemasangan braces. oleh 

oleh kerana keaadaan gigi akau tak tersangat parah jadi aku pun kenalah tunggu sampai lima tahun, tu pun aku yang call doktor dengan nurse berkali sebab tak sabar nak pasang.Aku tak sabar sebab gigi aku ni makin berkarang so sangat susah untuk dibersihkan. Jadi sebabtulah lepas je lima tahun berlalu aku terus je call klinik tanya pasal braces tu. next aku akan update lagi cerita ni ye. jangan lupa baca hehe.

No comments:

Post a Comment

7 hari yang terakhir bersama braces

 Hai. Assalamualaikum semua. Harini kembali lagi di blog aku. Alhamdulilah 7 hari lagi aku akan bukak braces. Syukur yang tidak terhingga. S...