Rancangan untuk Hentikan Rawatan Orthodontik terpaksa Ditangguh

    

Rancangan untuk hentikan rawatan orthodontik terpaksa ditangguh


 Hai. Assalamualaikum, bertemu kembali harini di blog ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan hati si gigi besi ini. Hari aku nak cerita pengalaman aku untuk buka pendakap gigi tapi tak menjadi kenyataan disebabkan terjadi lockdown covid -19. Tahun wabak virus ni memang banyak rintangan untuk buat rawatan orthodontik ni. Itulah sebabnya rawatan aku yang sepatutnya diakhiri dua tahun setengah boleh jadi sampai tiga tahun setengah. Banyak temujanji yang terpaksa ditangguh kerana wabak virus ni. Tapi alhamdulilah yang bagusnya aku boleh lah tukar klinik sebab tak nak ulang alik jauh dari kelantan ke Kuala Terengganu semata-mata untuk temu janji braces sahaja. Aku dah ditukar ke Klinik Orthodontik Kota Bharu. Alhamdulilah Doktor kat sana memang baik-baik semuanya tak macam dekat klinik di Kuala Terengganu. Banyak sangat pengalaman buruk semasa aku di sana. 


Gusi Bengkak akibat band/ring besi??

    Baiklah berbalik pada tajuk aku, aku sepatutnya dah boleh 'debond' atau kata lain buka braces tapi disebabkan 'lockdown' aku kena tetapkankan tarikh baru iaitu 17 Jun 2021. Nak dijadikan cerita aku punya tarikh ni doktor kata nak review je dulu belum boleh buka lagi. Aku pun tak pasti sebab apa. Doktor cakap dia akan tetapkan tarikh baru untuk bukak braces aku. Tarikh baru yang doktor tetapkan tu lambat sangat lagi iaitu 10 Ogos 2021. Aku sebenarnya nak je cakap kat doktor yang aku nak buka braces haritu jugak tapi apa kan daya kan kita tak boleh nak lawan saranan doktor. Mungkin haritu doktor masih sibuk dengan kerja pesakit lain kan. Tak apa lah fikir positif je. Aku bukan apa sebenarnya aku dah lama nak buka braces ni sebab gusi aku dah mula buat hal dan gigi belakang aku ni dah mula sakit sebab band atau ring besi dekat gigi belakang aku tu dah dekat sangat dah dengan gusi aku tu. itu yang makin jadi sakit dan bengkak gusi aku. Tiap kali makan mesti gusi aku akan jadi bengkak terutama bila makan makanan yang liat dan keras.


Masalah Rahang Penyebab ??

    Ada satu lagi masalah yang menyebabkan aku rasa macam agak menyesal sikitlah iaitu masalah rahang aku yang senget lepas buat rawatan braces. Doktor kata masalah tu memang dah ada sebelum aku buat lagi cuma belum nampak je sebab tak pernah bukak mulut luas. Tapi bila buat braces kan kena buka mulut luas jadi masa itu lah masalah ni akan timbul. Mungkin betul jugak apa yang doktor aku cakap.Tapi aku agak terkilan sikit dengan doktor aku di klinik lama, dia tak pernah pun tanya masalah aku sepanjang buat rawatan dengan dia dan dah lah disebabkan dia aku punya masalah rahang timbul. Dia paksa aku buka mulut luas-luas sampai rahang aku ni berbunyi. Doktor baru ni bagus , dia nasihatkan aku untuk baikkan balik rahang aku dan dia jugak yang tanya aku masalah apa yang aku hadapi sepanjang rawatan ni. Aku terus berani untuk luahkan apa yang aku hadapi selama ini. Doktor juga kata kena buat 'exercise' mulut iaitu kena selalu urut bahagian rahang dan tuam dengan kain atau apa-apa yang suam supaya rahang aku jadi elok balik.

Masalah kembali Membaik

    Alhamdulilah bila aku dah buat apa yang doktor suruh makin hari masalah rahang aku makin membaik cuma kadang-kadang masih ada lagi cuma tidaklah terlampau ketara seperti sebelum ini. Baiklah cukup setakat ini dahulu luahan hati aku tentang pengalaman braces ye nanti aku akan cerita lagi tentang pengalaman aku buka braces ye. Kalau sempat, untuk blog seterusnya aku akan kongsikan dekat korang beberapa keping gambar gigi aku sepanjang rawatan braces. Nantikan ye.

Gusi Berdarah Selepas 3Tahun setengah Pakai Braces??

 Gusi Berdarah Selepas 3 Tahun setengah Pakai Braces??

 Sepatutnya pada 1jun 2021 aku dah bebas dari braces tapi malangnya lockdown jatuh pada hari tersebut hurmmm. Pedih hati ni hanya Allah yang tahu. Aku dah lama impikan untuk bebas dari semua ni. Tapi apa kan daya Allah dah tentukan yang aku akan teruskan pakai braces ni sehingga lockdown kali ini berakhir. Berita baiknya aku aku dapat tarikh baru untuk appointment iaitu 17 jun 2021. Tapi yang tak baiknya doktor hanya nak review sahaja bukan nak bukak terus braces. Jadi aku masih ada harapan lagi nak teruskan kesengsaraan ini lah kan?? takpelah apa-apa pun aku serahkan pada takdir. OKlah berbalik pada tajuk aku ni. Haaa, kenapa pulak gusi aku berdarah ni?

Tadi lepas magrib aku rasa tak best pada gusi dengan gigi aku lepas makan buah star. buah star ni buah yang masam-masam tu. Orang kelate kenallah buah ni. Cicah dengan budu dengan gula memeng sedp. nilah masalh aku dah tau pakai braces makan tak jaga aduhaiii.. oklah back balik pada cerita tadi, gusi aku berdarah lepas mgrib tu mungkin sbb pemakanan yang salah, ataupun aku syak penjagaan kebersihan gigi aku tak jaga betul2. Tapi yang paling aku takutkan adalah pasal berus gigi aku tu keras sangat. aku patut beli kat shoppe. haritu aku beli kat klinik yang aku buat braces tu, aku tnya ada yang lembut tak? nurse tu cakap tak de. Jadi terpaksalah aku ambik jugak yang keras tu. Masa aku buat braces kat tempat lama dulu ada je yang lembut tapi bila aku pindah kat klinik yang lain takde pulak yang jenis lembut. Mungkin jugak pasal tu kan?? hurmm. aku harap gusi aku akan ok balik. doakan aku ye geng hehe. oklah setakat ni dululah blog aku harini.

7 hari yang terakhir bersama braces

 Hai. Assalamualaikum semua. Harini kembali lagi di blog aku. Alhamdulilah 7 hari lagi aku akan bukak braces. Syukur yang tidak terhingga. S...