7 hari yang terakhir bersama braces

 Hai. Assalamualaikum semua. Harini kembali lagi di blog aku. Alhamdulilah 7 hari lagi aku akan bukak braces. Syukur yang tidak terhingga. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sempena seminggu lagi nak cabut braces ni aku nak bagitaulah sedikit tips bagi yang nak pakai braces dekat klinik kerajaan ni kena banyakkan bersabar ye.Bermula dari daftar masuk waiting list lagi dah diuji kesabaran tu untuk tunggu buat rawatan. Sampailah bila kau dah buat rawatan kena bersabar dengan kerenah doktor dan jururawat yang pelbagai. Ada yang garang, ada yang tak peramah tapi ada jugak yang caring. Macam itulah ragam kehidupan kan.

Satu lagi, bila berdepan dengan doktor kerajaan kita kena redha je apa diorang buat. Walaupun kadang-kadang layanan diorang tu ada yang menyakitkan hati korang. Aku cakap ni sebab aku dah laluinya dengan doktor lama aku. Aku tak kata semua doktor kerajaan macam tu tapi kebanyakannyalah. Mungkin sebab faktor kesibukan kerja atau apa apalah kan. Banyakkan baca al latif yang bermaksud lemah lembut. Baca ni kalau doktor korang garang tau pastu doakan supaya diorang berlembut dengan korang. Insha Allah menjadi. Aku pun amalkan jugak. Alhamdulilah doktor yang dulu tak berapa garang dah dengan aku. Tak seperti dulu masa mula-mula pakai braces. Doktor aku yang sekarang (sebab aku pindah klinik atas sebab dah habis belajar) baik dan sanagt caring. Alhamdulilah di akhir rawatana kau dapat jugak rasa ada doktor yang baik. Rugi pulak rasanya awal2 dulu aku tak buat kat sini.

Pastu dalam masa 7 hari terakhir ni aku rasa gembira nak buang braces ni cuma kadang aku takut sebab masalah gusi aku ni. Gusi aku makin lama makin cepat bengkak kalau makan benda liat macm daging. Harapnya tak berdarahlah lepas cabut braces nanti. Ni jugak alasan kenapa aku nak cepatkan proses debond braces walaupun doktor masih belum seratus peratus berpuas hati dengan keadaan gigi aku. Sebab molar band iaitu ring besi tu dah masuk kedalam gusi aku dah. Jadi aku terpaksa jugak untuk harap rawatan ini dipercepatkan. Doakan saya ye. Semoga gigi saya elok saja. Sebab bagi saya gigi tersusun tu pun saya dah ok dah. Supaya senang nak berus gigi nanti. Hal2 lain saya tak ambil berat sangat. 

Rancangan untuk Hentikan Rawatan Orthodontik terpaksa Ditangguh

    

Rancangan untuk hentikan rawatan orthodontik terpaksa ditangguh


 Hai. Assalamualaikum, bertemu kembali harini di blog ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan hati si gigi besi ini. Hari aku nak cerita pengalaman aku untuk buka pendakap gigi tapi tak menjadi kenyataan disebabkan terjadi lockdown covid -19. Tahun wabak virus ni memang banyak rintangan untuk buat rawatan orthodontik ni. Itulah sebabnya rawatan aku yang sepatutnya diakhiri dua tahun setengah boleh jadi sampai tiga tahun setengah. Banyak temujanji yang terpaksa ditangguh kerana wabak virus ni. Tapi alhamdulilah yang bagusnya aku boleh lah tukar klinik sebab tak nak ulang alik jauh dari kelantan ke Kuala Terengganu semata-mata untuk temu janji braces sahaja. Aku dah ditukar ke Klinik Orthodontik Kota Bharu. Alhamdulilah Doktor kat sana memang baik-baik semuanya tak macam dekat klinik di Kuala Terengganu. Banyak sangat pengalaman buruk semasa aku di sana. 


Gusi Bengkak akibat band/ring besi??

    Baiklah berbalik pada tajuk aku, aku sepatutnya dah boleh 'debond' atau kata lain buka braces tapi disebabkan 'lockdown' aku kena tetapkankan tarikh baru iaitu 17 Jun 2021. Nak dijadikan cerita aku punya tarikh ni doktor kata nak review je dulu belum boleh buka lagi. Aku pun tak pasti sebab apa. Doktor cakap dia akan tetapkan tarikh baru untuk bukak braces aku. Tarikh baru yang doktor tetapkan tu lambat sangat lagi iaitu 10 Ogos 2021. Aku sebenarnya nak je cakap kat doktor yang aku nak buka braces haritu jugak tapi apa kan daya kan kita tak boleh nak lawan saranan doktor. Mungkin haritu doktor masih sibuk dengan kerja pesakit lain kan. Tak apa lah fikir positif je. Aku bukan apa sebenarnya aku dah lama nak buka braces ni sebab gusi aku dah mula buat hal dan gigi belakang aku ni dah mula sakit sebab band atau ring besi dekat gigi belakang aku tu dah dekat sangat dah dengan gusi aku tu. itu yang makin jadi sakit dan bengkak gusi aku. Tiap kali makan mesti gusi aku akan jadi bengkak terutama bila makan makanan yang liat dan keras.


Masalah Rahang Penyebab ??

    Ada satu lagi masalah yang menyebabkan aku rasa macam agak menyesal sikitlah iaitu masalah rahang aku yang senget lepas buat rawatan braces. Doktor kata masalah tu memang dah ada sebelum aku buat lagi cuma belum nampak je sebab tak pernah bukak mulut luas. Tapi bila buat braces kan kena buka mulut luas jadi masa itu lah masalah ni akan timbul. Mungkin betul jugak apa yang doktor aku cakap.Tapi aku agak terkilan sikit dengan doktor aku di klinik lama, dia tak pernah pun tanya masalah aku sepanjang buat rawatan dengan dia dan dah lah disebabkan dia aku punya masalah rahang timbul. Dia paksa aku buka mulut luas-luas sampai rahang aku ni berbunyi. Doktor baru ni bagus , dia nasihatkan aku untuk baikkan balik rahang aku dan dia jugak yang tanya aku masalah apa yang aku hadapi sepanjang rawatan ni. Aku terus berani untuk luahkan apa yang aku hadapi selama ini. Doktor juga kata kena buat 'exercise' mulut iaitu kena selalu urut bahagian rahang dan tuam dengan kain atau apa-apa yang suam supaya rahang aku jadi elok balik.

Masalah kembali Membaik

    Alhamdulilah bila aku dah buat apa yang doktor suruh makin hari masalah rahang aku makin membaik cuma kadang-kadang masih ada lagi cuma tidaklah terlampau ketara seperti sebelum ini. Baiklah cukup setakat ini dahulu luahan hati aku tentang pengalaman braces ye nanti aku akan cerita lagi tentang pengalaman aku buka braces ye. Kalau sempat, untuk blog seterusnya aku akan kongsikan dekat korang beberapa keping gambar gigi aku sepanjang rawatan braces. Nantikan ye.

Gusi Berdarah Selepas 3Tahun setengah Pakai Braces??

 Gusi Berdarah Selepas 3 Tahun setengah Pakai Braces??

 Sepatutnya pada 1jun 2021 aku dah bebas dari braces tapi malangnya lockdown jatuh pada hari tersebut hurmmm. Pedih hati ni hanya Allah yang tahu. Aku dah lama impikan untuk bebas dari semua ni. Tapi apa kan daya Allah dah tentukan yang aku akan teruskan pakai braces ni sehingga lockdown kali ini berakhir. Berita baiknya aku aku dapat tarikh baru untuk appointment iaitu 17 jun 2021. Tapi yang tak baiknya doktor hanya nak review sahaja bukan nak bukak terus braces. Jadi aku masih ada harapan lagi nak teruskan kesengsaraan ini lah kan?? takpelah apa-apa pun aku serahkan pada takdir. OKlah berbalik pada tajuk aku ni. Haaa, kenapa pulak gusi aku berdarah ni?

Tadi lepas magrib aku rasa tak best pada gusi dengan gigi aku lepas makan buah star. buah star ni buah yang masam-masam tu. Orang kelate kenallah buah ni. Cicah dengan budu dengan gula memeng sedp. nilah masalh aku dah tau pakai braces makan tak jaga aduhaiii.. oklah back balik pada cerita tadi, gusi aku berdarah lepas mgrib tu mungkin sbb pemakanan yang salah, ataupun aku syak penjagaan kebersihan gigi aku tak jaga betul2. Tapi yang paling aku takutkan adalah pasal berus gigi aku tu keras sangat. aku patut beli kat shoppe. haritu aku beli kat klinik yang aku buat braces tu, aku tnya ada yang lembut tak? nurse tu cakap tak de. Jadi terpaksalah aku ambik jugak yang keras tu. Masa aku buat braces kat tempat lama dulu ada je yang lembut tapi bila aku pindah kat klinik yang lain takde pulak yang jenis lembut. Mungkin jugak pasal tu kan?? hurmm. aku harap gusi aku akan ok balik. doakan aku ye geng hehe. oklah setakat ni dululah blog aku harini.

Pantang larang ketika memakai braces terutama pemakanan

 Assalamualaikum, hai bertemu kembali dalam blog ini. Baiklah hari ini aku nak bagitau korang beberapa pantang larang ketika memakai pendakap gigi atau braces. Apabila korang dah bukak tajuk ni, aku agak korang dah pakai atau bakal pakai braces lah ni kan. takpelah, ok kira kita ceritalah kan pasal benda ni.Sebenarnya kalau nak diceritakan memang banyak tentang pantang larang nui tapi aku hanya tekankan yang penting sahaja ye.

Pertama sekali kau mesti tahu yang pantang larang ni kebanyakannya atau hampir kesemuanya melibatkan pasal makanan. Sebabnya rawatan kan dibuat dalam mulut so makanan ada benda palaing dekat dengan mulut. Braces paling pantang sekali dengan benda yang manis dan melekit. ok nasib baik aku memang tak suka makanan manis dan melekit ni. ok baiklah apa yang dimaksudkan dengan makanan manis dan melekit ni ye??

ha.. kat bawah ni adalah contohnya caramel.


                                             Image by WikimediaImages from Pixabay

Caramel adalah makanan yang manis dan melekit.Ia mampu merosakkankan applians pendakap gigi keranan dia akan melekat pada gigi dan juga applians braces. jadi elakkanlah makan makanan ni ye.


Seterusnya makanan yang paling berbahaya untuk braces adalah bertih jagung atau lebih mesra dipanggil bertih jagung. Pop corn juga mengandungi caramel yang mampu merosakkan gigi selain teksturnya yang agak keras mampu mematahkan besi pada braces. haaa.. bahaya kan. aku pun dah lama tak makan benda ni. Dah  tahun setengah aku tak makan pop corn dengan gula kapas sejak pakai braces ni.


                                                      Image by Musaed subaie from Pixabay


Seterusnya, makanan kesukaan aku yang paling aku suka sekali ialah gula-gula kapas. Makanan ni pun bahya jugak ye sebab ia mengandungi gula yang mampu merosakkan gigi dan menyebabkan karies pada gigi.


                                                      Image by Jo Stolp from Pixabay

Sedap bukan tengok gambar budak tu makan gula-gula kapas tu?? tapi tengoklah nanti gigi cepat rosak terutama untuk pemakai braces memang tak digalakkan sama sekali.



Baiklah yang seterusnya ni bukan sekadar kopi ye tapi caffein. Gambar sekadar hiasan ye. Bukan hanya kopi yang ada cafein tapi minuman lain jugak contohnya teh. caffein ni bukan makanan tapi. Cafein ni adalah sebatian kimia semulajadi yang terdapat dalam minuman terutam sekali kopi , teh dan sebagainya. Melalui experimen yang aku buat dulu bukan hanya kopi yang ada kafein tapi juga teh tapi teh tak ada sebanyak kopi dia punya kandungan cafein.

Baiklah berbalik pada cerita aku tadi kenapa pulak aku kata cafein ni tak baik ye?? bukan tak baik untuk semua pemakai braces tapi bagi kes yang hampir sama dengn aku. Yang mana pemakai braces yang mengalami masalah rahang senget lepas buat rawatan braces di klinik. Doktor sarankan kat aku bulan lepas supaya elakakan atau kurangkan minum minuman yang berkafein sebabkan masalah rahag aku yang senget dan berbunyi klik bila bukak dan tutup mulut. Diktor kata cafein boleh menyebabkan kekejangan pada rahang gigi. Jadi seakarang aku tengah "berpuasa" cafein sebab aku ni bukan hantu kopi tapi aku hantuh teh, Teh tu memang kesukaan aku lah tu.

Satu lagi, bagi pemakai braces yang lain yang tak de masalh rahang aku jugak sarankan kurangkanlah jugak minuman bercafein sebab cafein mampu menbuatkan gigi kuning. Jadi tak cantiklah lepas cabut braces nanti warna gigi tak sama pulak kan.


                                            Image by Free-Photos from Pixabay


Baiklah tu saja lah dulu pantang larang makanan yang aku nak bagitau korang. Seterusnya nanti aku akan jelaskan pasal benda lain pulak ok. Terima kasih kepada yang susi melawat blok ini. Semoga awak semua sihat dan berjaya. Jumpa lagi.








Pengalaman memakai braces dan cabaran semasa pertama kali makan selepas memasang braces

 Pengalaman memakai braces dan cabaran semasa pertama kali makan selepas memasang braces

 

Assalamualaikum, hai bertemu kembali ke blog saya. Hari ni saya nak menyambung kembali penceritaan saya tentang pengalaman memakai braces di klinik kerajaan. Haritu saya ada menceritakan tentang perit duka ketika dimaki oleh doktor dan jugak nurse. Hari ini hati dah kembali terubat sikit walaupun semalam rasa macam nak nangis masa tengah tulis pasal pengalaman perit dengan doktor dan nurse kerajaan tu.

 

Tanggal tiga belas september jatuhnya tarikh lahir crush aku huhu.. ehhhh,, bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya tapi tarikh itu jugaklah aku ditakdirkan untuk memakai braces. Tarikh itu jugaklah aku hendak memulakan perubahan baru pada diriku. Paling utama sekali tarikh itulah permulaan hidup yang amat perit dimulai.

 

Pertama sekali aku nak bagitau bahwa buat braces kat kerajaan ni memanglah teramat murah iaitu hanya seribu je atas bawah nak dibanding dengan harga braces di klinik swasta memanglah jauh sangat. Tapi harus diingatkan kembali ye, layanan yang kau dapat pun jauh jugak nak dibandingkan tau. Dekat swasta aku rasa lebih baiklah daripada di klinik kerajaan sebab kat kerajaan ni ramai pesakitnya jadi mood doktor dengan nurse pun swinglah dengan stress keje dan dengan gaji yang tak seberapa kan. Ok kat situ aku faham tapi apa salah pesakit sampai nak layan macam tu sekali? Pernah tak diorang fikir apa perasaan pesakit dengan tingkahlaku diorang macam tu. Aku bukannya benci dengan diorang cuma aku terkilan. Hati aku ni sampai sekarang masih terasa sakit tu. Ok berhentikanlah dari rasa sakit hati tu seterusnya kita nak cerita pasal harga retainer pulak. Retainer harga dia asing daripada yang seribu tu. Seribu hanya untuk braces sahaja ye. Doktor pernah tanya aku sama ada aku nak buat gigi bawah je ke sebab gigi atas aku ok je cuma deep bite skit je. Tapi aku cakap nak buat dua-dia sebab aku insecure jugak dengan gigi atas aku. Pastu doktor cakap kalau buat atas saja lima ratus je. Jadi akau cadang untuk buat dua-dua terus.

 

Nak cakap lebih-lebih pasal retainer ni pun tak boleh jugak sebab sekarang aku tak bukak braces lagi jadi aku tak tau sangat pasal retainer ni tapi aku adalahlah buat kajian pasal retainer kat internet. Hai maklumlah dah tak sabar nak bukak besi ni kan jadi banyaklah jugak aku cari maklumat pasal ni.

 

 

Retainer ada 3 jenis iaitu:

 

-Hawley retainer




 

 

Inilah rupa Hawley retainer. Hanya besi je yang menjadi pagarnya.

 

-Essix retainer/clear retainer





 

Inilah rupanya clear retainer. Nampak lawa je kan sebab dia clear je tak nampak macam tengah pakai retainer. Tapi ada kekurangannya jugak yang aku dapat tau daripada pemerhatian aku dari blog orang yang pernah pakai retainer ni. Terutama bagi orang yang ada tabiat suka mengigit atau mencengkam gigi memang tidak digalakkan untuk amik jenis ni sebab benda ni lembut je nanti dia cepat haus atau patah.

 

 

-permanent retainer

 

 



Baiklah, yang terakhir ni jenis retainer kekal atau permanent retainer. Retainer ni nampak macam best kan sebab dia lekat terus dan kita tak payah pikir nak pasang balik lepas bukak sebab dia memang terus lekat kat belakang gigi. Tapi antara jenis retainer yang ni yang paling aku tak suka sebab walaupun dia bagus sebab kau memang takkan lupa dah untuk pakai retainer tapi dia sangatlah tak hygenik. Sebabnya susah nak berus gigi. Sisa makanan akan terkumpul kat situ dan boleh menyebabkan karang gigi.


Jadi, antara ketiga-tiga retainer yang aku sebut tadi yang mana kau rasa bagus. Bagi aku berdasarkan pemerhatian aku pada blog-blog dan video pasal braces yang aku tengok sebelum ni aku lebih pilih yang pertama tu sebab yang tu lebih sesuai dengan keadaan aku dan tabiat aku. Walapun pada awalnya aku minat Essix retainer, tapi sebabkan tabiat aku aku lebih pilih yang pertama tadi. Korang pulak yang bakal pakai ni pilih yang mana?

 

Bulan depan iaitu bulan jun aku akan buka braces harapnya dapatlah pilih sendiri jenis retainer. Sebab klinik kerajaan ni payah tau kalau kita nak pilih sendiri. Sebabnya kau bayangkan aku selama buat rawatan dengan doktor garang tu tak pernah sekali pun dia suruh aku pilih warna sendiri. Aku pun tak mintak sebab aku terlalu takut dengan doktor tu aduhaiii. Nasib baiklah aku pindah klinik, dapat doktor yang baik, dapatlah aku pilih sendiri warna getah.Baiklah esok aku akan sambung balik tentang cabaran ketika memakai braces teruta cabaran dari segi makan. Jadi stay tuned ok.

 

 

Proses pemakaian pendakap gigi dan detik hitam pemasangannya di klinik kerajaan

  Assalamualaikum. hai bertemu kembali di blog ni. Harini dengan semangatnya aku bangun awal pagi untuk menulis blog. Ingin ku ceritakan segala perit suka duka memakai braces. ok lets me start. Detik hitam dalam hidup aku bermula apabila pertama kali pemasangan braces.Ini adalah titik hitam dalam hidup aku yang aku akan ingat sampai bila-bila. Aku nak ceritakan semua ni bukan sebab aku halang korang dari pakai benda ni tapi aku cuma nak bagi pendedahan awal tentang akibat pemakaiannya dan apa yang kau akan tanggung untuk sepanjang hidup kau. manisnya hanya sebentar tapi perit seumur hidup yang kau akan hadapi semasa memakai besi ni.pertama sekali aku nak cerita kan proses-proses sebelum pemasangan braces. 

Sebelum boleh pakai braces, aku kena lalui proses X-ray gigi dahulu. Proses ni sekejap je. X-ray gigi penting untuk tengok kedudukan akar gigi dan jugak kemungkinan ada gigi kekal yang tak keluar lagi. Part ni penting sekali untuk doktor menganalisis strategi rawatan yang sesuai untuk keadaan gigi kita. 

Selepas buat X-ray gigi. aku kena buat molding gigi/ acuan gigi. Acuan gigi atau mold diambil untuk buat replica gigi asal sebelum pakai braces. Part ni paling aku tak suka sebab dia akan masukkan acuan yang rasa dia pergh sangat memualkan. Aku ada terbaca dalam blog orang lain jugak pasal proses ni dan kebanyakannya kata benda yang sama. Aku rasa nak muntah bila doktor masukkan dalam mulut aku. Nasib baik ada doktor sorang lagi yang tenangkan aku , dia suruh goyangkan kaki untuk kurangkan rasa mual tu. Alhamdulilah kurang sikit rasa nak muntah tu. 

Selepas amik acuan, doktor akan amik replica gigi kita sambil dia bawak bincang dengan aku tentang rawatan yanga kan dia buat. Doktor ada bagitau aku yang  batang gigi aku kena cabut sebab dua gigi depan aku tu kecik sangat so dr takut kalau pakaikan besi nanti tercabut sebab dia kata akar gigi tak panjang.Kes aku ni tersangat unik sebab jarang orang ada gigi kecik macam aku. Kes aku ni disebabkan oleh genetik. Sebab ada antara keluarga aku yang ada bentuk gigi macm aku iaitu my mom. Aku sebenarnya kalau boleh tak nak cabut gigi tu sebab aku syang. Tapi doktor cakap cam tu so tak boleh buat apalah ikut je lah kan.



Dalam bahasa inggerisnya ia dipanggil sebagai peg lateral incisor. Ini gambar dekatnya.



Gambar diatas ni gambar sebelum aku cabut gigi kecil tu. gigi bawah dua tu dah cabut dah.




Proses yang seterusnya ni adalah benda yang agak menjengkelkan iaitu pemasangan getah penjarak gigi atau lebih mesra dipanggil separator. Tujuan benda ni adalh untuk jarakkan gigi belakang supaya senang nak masuk ring besi atau lebih dikenali sebagai band. Bila kau pakai separator ni dia rasa macam ada daging terselit antara gigi kau dan ia membuatkan kau rasa tak selesa. ada satu masa kau rasa macm nak cabut je getah tu. Aku rasa macm agak bengkak sikitlah gusi sebb bila pakai benda ni dia akan terkena jugak gusi kau. Tapi takdelah sakit mana cuma lebih kepada rasa tak selesa.



Gambar diatas menunjukkan getah penjarak atau dipanggil spacer/separator.


Seterusnya aku nak cerita pasal proses seterusnya yang aku pernah sebut sebelum ni, iaitu ring besi atau band. ring besi ni penting untuk dia sangkut besi tu, dia jadi macm tianglah senang cerita.sebelum dr pakaikan ring besi ni dia akan tengok dulu jarak antara gigi selepas pakai separattor dah lepas atau belum untuk pakai benda ni. 



Gambar diatas ni ada tunjuk band tu yang menjadi tiang kepada proses braces ni


Dalam banyak-banyak proses, proses cabut gigi ni paling rumit sekali. Aku sampai sekarng trauma lagi dengan doktor kat sana,pergh menakutkan betul waktu nak cabut gigi tu. Inilah detik hitam yang aku ceritakan tu. Bilamana kau buat rawatan kat kerajaan macam nilah layanan dia. Kau tak boleh nak jangakankan layanan baik punyerr, kecuali kalau kau bernasib baik dpatlah dr yang ok. time aku cabut gigi tu. Doktor sampai sejam lebih goyang gigi aku tapi tak tercabut pun pastu doktor dengan nurse salahkan aku katanya aku ni keraskan badan padahal masatu aku dah habis lembutkan badan dah aku dah pasrah dah masa tu. Aku trima je segala makian dariapda doktor dan nurse tu. Sakit hati aku hanya Allah sahaja yang tahu. Pastu masa last sekali nak habis dah kesan bius tu baru lah dr tu perasan yang dia sebenarnya tak tengok xray. Pastu dia boleh pulak cakap macam ni"ooo patutlah susah nak cabut, akar gigi dia ni senget". pastu dr suruh nurse bawakkan alat lain yang lebih besar untuk cabut. Bayangkan masatu ubat bius dah tak de kesan dah kat aku. DR pun cabut, pergh lega bila gigi tu akhirnya tercabut tapi sakit hanya Allah yang tau dengan ubat bius nya habis ngan sakit hati kena maki dengan doktor lagi. 

Lepas cabut gigi tu aku dah nekad tak nak cabut kat klinik tu lagi dah so aku tnyalah nurse ngan doktor. Boleh tak kalau aku nak cabut dekat pusat kesihatan universiti je. pastu dia kata boleh. Alhamdulilah. aku pun decide untuk pegi cabut gigi dekat klinik universiti aku. Aku masa tu sibuk sangat dengan assignment aku dengan projek tahun akhir lagi jadi aku lambatkanlah pegi appointmnt tu sbb aku tk cabut gg lagi. Sepatutnya aku kena pasang braces masa bulan  lagi tapi aku terlambat cabut gg so aku pun kena lah tunggu appointment bulan sembilan pulak. Pastukan boleh pulak masatu dia tnya aku kenapa cabut tempat lain sedangkan aku dah mintak kebenaran dan haritu. Dia je yang lupa aduhai doktor ni.

Pemasangan braces pergh jatuh pada hri jadi crush aku pulak dah tiga belas september😆

Hah.. waktu inilah nak dijadikan cerita titik hitam hidup aku kena maki kau kau dengan doktor. Masa pasang braces tu dia dah jeling aku dah sampai cakap macam ni. Awak ni tau tak awak dah lambat datang apponitmnt ni spatut bulan 3 lagi tau pastu dia cakap, kes awak tak berat mana pun kalau tak boleh nak commit tak payah lah buat braces kat sini dan kes awak tak parah pun,,,, bla abla bla berbertalu talu dia bebelkan dan maki aku weh... ya Allah dah lah masatu tengah lenguh buka mulut msatu kena bebel pulak tu. Yang menjadi detik hitam bila rahang aku krem tak boleh buakak sebb tk biasa bukak mulut seluas tu. time ni doktor maki lgi aku dia kata" itulah awak pakai tudung ketat sangat sampai susah nk bukak mult" aku macm terpinga pinga pulak apahal dia nak salahkan tudung pulak apdahal masatu aku pilih tudung sarung yang paling selesa sebb nak elakkan benda macm ni jadilah.. tup tup kena macam ni.Aku rasa masa tu aku stress sangat dengar dr membebel maki aku. tulah sbb jadi macmni. and last ni lah detiknya sampai sekarang rahang aku senget sbb dr paksa bukak mulut sampai ada bunyi klik bila setiap kali akau bukak mulut luas. pergh benda ni yang beri kesan pada aku sampai sekarng. Setiap kali aku ingat apa yang doktor tu dengan nurse buat dekat aku setiap kali tu lah aku rasa sakit hati yang teramat sbb sampai seumur hidup aku kena hadapi benda ni. smpai sekarang aku masih lagi cari cara untuk betulakn balik rahang aku yang sengt ni dan ada bunyi macm klik tu.Nasib baik sekarang aku dapat pindah klinik lain dan jumpa dr yg baik nanti aku ceritakan baliklah pasal doktor baru. Bab tu tak sampai lagi sebab aku kena hadap doktor ni sampai  dua tahun setengah rawatan. so lets continue later lah mood aku tetiba tak baik pulak mengenangkan benda ni.


Permulaan hidup bersama pendakap gigi

 Assalamualaikum, kepada semua yang sudi membaca blog ini. tahun ni baru dapat menulis blog balik memandangkan sekarang aku tengah menanam anggur huhu. Tahun lepas dapatlah rasa kerja sebagai supervisor tapi tulah kontrak je selama  bulan pastu terpaksa berhenti disebabkan kes covid, syarikat mengalami kerugian, jadi kontrak kerja tak dapat disambung lagi. 

Baiklah berbalik kepada tajuk asal, aku harini nak cerita pengalaman aku memakai pendakap gigi atau lebih mesra dipanggil sebagai braces. memandangkan aku dah nak bukak dah braces ni awal bulan jun depan, jadi aku nak kongsikalah dekat sesiapa yang nak tahu atau bakal memakai benda alah ni. 

Aku mulakan dengan keadaan gigi aku ye, ok keaadaan gigi aku ni tak ada lah teruk sangat tapi teruklah jugak dari segi susunannya, bahagian bawah gigi aku ni terlalu berselerak, hai maklumalah masa aku kecik dulu aku takut nak cabut gigi jadilah macamni gigi aku. tapi bahagian atas gigi aku ok je cuma taring sedikit tinggi dan ada gigi kecik kat depan sebelah gigi kapak kat depan tu dan sedikit 'deep bite'. Deep bite ni bukan lah seperti jonggang cuma ada sedikit je persamaan dengan jonggang. nanti korang search lah apa itu deep bite. 

Aku mula daftar untuk buat braces masa aku tingkatan 5 . Masa tu kakak aku baru je berkahwin dengan abang ipar aku yang masa tu jadi pembantu doktor gigi, jadi dia tahulah prosedur atau cara nak daftar braces ni. so masa form 5 tu aku dengan kakak aku pergilah klinik gigi kerajaan kat melaka untuk daftar, sebelum tu dia check dulu keadaan gigi aku dan sambil bersihkan gigi aku. Doktor ada tanya kenapa nak buat braces dan aku jawab sebab gigi tak tersusn dan susah nak bersihkan.Pastu dia bagi surat appointment untuk jumpa dengan doktor pakar orthodontik. aku pun pergilah pastu dapat kad merah. Dekat kat merah tu ada tertulis nombor giliran untuk pasang braces. dia kata kemungkinan kena tunggu sampai empat atau lima tahun untuk pasang braces sebb ramai yang buat jadi kena ikut giliran kecuali kalau keaadaan gigi tersangat parah baru dia kan rujuk untuk awalkan pemasangan braces. oleh 

oleh kerana keaadaan gigi akau tak tersangat parah jadi aku pun kenalah tunggu sampai lima tahun, tu pun aku yang call doktor dengan nurse berkali sebab tak sabar nak pasang.Aku tak sabar sebab gigi aku ni makin berkarang so sangat susah untuk dibersihkan. Jadi sebabtulah lepas je lima tahun berlalu aku terus je call klinik tanya pasal braces tu. next aku akan update lagi cerita ni ye. jangan lupa baca hehe.

7 hari yang terakhir bersama braces

 Hai. Assalamualaikum semua. Harini kembali lagi di blog aku. Alhamdulilah 7 hari lagi aku akan bukak braces. Syukur yang tidak terhingga. S...